Saturday, May 31, 2008

Pertukaran Ummu Iman Berjaya

Alhamdulillah permohonan pertukaran berjaya. Mulai semester baru persekolahan ini, Ibu Iman akan mula mengajar di SK Sg Choh Rawang. Walaupun tidak tercapai sekolah yang berhampiran dengan rumah yang bakal kami duduki di Bdr Country Homes, sekurang-kurangnya dapat jugalah. Rumah pon dah 40% siap (berdasarkan fizikal progress dan bayaran progress). Yang menjadi masalah kami masih di Salak Tinggi. Jika rumah siap, jarak rumah ke Sg Choh lebih kurang 18KM manakala dari rumah tersebut ke HDC Bdr Utama lebih kurang 30KM. Ibu Iman agak jauh daripada jarak asal Rumah Sewa ke SK BB Salak Tinggi iaitu 3KM, Ayah Iman pula 60KM. tapi dari hitung kasar purata jumlah KM kereta bergerak seminggu jauh lebih jimat.

Seperti yang diulas dipertengahan perenggan pertama, masalah kami masih duduk di Salak Tinggi, maka urusan pindah sementara terpaksa dilakukan. Nampak gayannya Atuk Ayah dan Wan, Nurul Iman telah offer untuk duduk di Segambut. Oleh demikian pindahan sementara akan dilakukan dalam waktu cuti sekolah ini, semua travel plan akan dianjak kerana keutamaan diletakkan kepada pindahan sementara dari Sepang ke Segambut.

Sayang pula nak tinggalkan Salak Tinggi ni, permulaan hidup berkeluarga sejak Ayah Iman dan Ummu Iman berkahwin sehinggalah dikurniakan Allah Nurul Iman.

Selamat tinggal Taman Cempaka, Bdr Baru Salak Tinggi, Sepang.

Wednesday, May 7, 2008

HUKUM SALING TIDAK BERTEGURAN

(١) عَنْ أَبِى أَيُّوبِ رَضِى اللهُ عَنْهُ أنَّ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: لاَ يُحِلُّ لِمُسْلِمٍٍ أَنْ يَهْجُرَ أَخَاهُ فَوْقَ ثَلاَثِ لَيَالٍ، يَلْتَقِيَانِ فَيُعرِصُ هَـٰذا وَيُعْرِصُ هَـٰذا وَخَيْرُهُمَا الَّذِي يَبْدَأ بِالسَّلاَمِ
(رواه البخارى ومسلم)

(٢) قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: فَمَنْ هِجَرَ فَوقَ ثَلاَثٍ فَمَاتُ دَخَلَ النَّارَ

(٣) قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ هِجَرَ أخَاهُ سَنَة كَسَفْكِ دَمِهِ

Terjemahan:

(1) Daripada Abi Ayyub (ra) bahwa Rasulullah (SAW) bersabda: “Tidak halal bagi seorang muslim tidak bertegoran dengan saudaranya (seagama) lebih dari tiga malam; mereka bertemu lalu yang ini berpaling dan yang itu juga berpaling, dan yang paling baik di antara mereka berdua ialah siapa yang memulai salam”.

[Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]


(2) Sabda Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam): “Barangsiapa yang tidak bertegoran lebih daripada tiga (hari), lalu ia mati, maka ia masuk neraka”.

[Hadis Sahih Riwayat Abu Daud]

(3) Sabda Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam): “Barangsiapa yang tidak bertegoran dengan saudaranya (seagama) selama setahun maka (dosanya) seperti membunuhnya”.

[Menurut Imam An-Nawawy Hadis ini sanadnya sahih riwayat Abu Daud]

Huraiannya:

Dari tiga hadis di atas dapatlah kita ambil beberapa kesimpulan sebagaimana berikut:

1. Ketiga-tiga hadis di atas menyatakan betapa besar dosa orang-orang Islam yang saling tidak bertegoran. Hukum tidak bertegoran adalah HARAM. Hukum tersebut digambarkan oleh Nabi (sallallahu alaihi wasalam) pada Hadis (1): TIDAK HALAL; Hadis (2): MASUK NERAKA dan Hadis (3) SEPERTI HUKUM MEMBUNUHNYA.

2. Berdasarkan zahir hadis (1) kita masih dibolehkan tidak bertegoran sekiranya tidak melebihi daripada tiga malam. Dengan kata lain adalah tidak haram hukumnya kalau kita tidak bertegoran pada hari pertama, kedua dan ketiga. Mengapa? Karena Islam mengakui bahwa sifat marah adalah fitrah atau naluri (sifat semulajadi) bagi setiap insan. Dan diharapkan rasa marah atau permusuhan yang berlaku antara sesama mereka akan hilang setelah tiga hari.

3. Dalam hadis (1) juga menyatakan bahwa mereka bertemu lalu saling memalingkan muka. Jadi hukum haram karena tidak bertegoran tersebut tidaklah dikenakan ke atas orang yang tidak saling bertemu walaupun melebihi dari tiga hari.

4. Jika kejadian di atas benar-benar menimpa dalam pergaulan di antara kita, maka dalam hal ini siapakah di antara kita termasuk orang yang paling baik? Hadis (1) menjawab: Yang paling baik ialah orang yang lebih dahulu ingin memulihkan hubungan baik di antara mereka.

5. Inilah dalil yang digunakan oleh Imam Syafi’i dan Imam Malik bahwa ucapan Salam boleh menamatkan persengketaan dan menghapuskan dosa orang berkenaan. Tetapi Imam Ahmad Bin Hanbal dan Ibnu Al-Qasim Al-Maliki pula berpendapat: Ucapan salam tidak dapat menamatkan persengketaan itu jika dia yang menjadi punca persengketaan. Ad
apun jika yang berkenaan berkirim surat, dalam hal ini ada dua pandangan; Pertama: Dosanya tidak terhapus, karena tidak diucapkan; kedua: Terhapus dosanya, karena rasa bencinya telah hilang. Dan inilah pendapat yang lebih kuat.

6. Sabda Nabi (sallallahu alaihi wasalam) dalam hadis (1): “Tidak halal bagi seorang muslim”. Berdasarkan zahir hadis ini maka orang kafir dikecualikan daripada ketentuan hukum tersebut. Tetapi Imam Nawawy dalam Syarah Shahih Muslim, jld V, hal. 425 lebih condong kepada pendapat: Termasuk orang-orang kafir. Hanya di sini disebut muslim karena hanya muslim yang menerima arahan syara’ dan mengambil manfa’atnya.

7. Hukum haram tidak bertegoran kalau melebihi tiga malam sebagaimana yang diungkapkan di atas adalah terbatas jika kejadian itu berlaku tanpa sebab yang munasabah. Contoh: Tidak bertegoran hanya karena perbedaan pendapat dalam hal-hal furu’ (cabang agama) atau kecuaian menunaikan hak dan kewajipan dalam pergaulan. Dia tidak menyangkut hal dan kewajiban dalam pergaulan. Dia tidak menyangkut hal-hal ushul (pokok) yang boleh menjejaskan kemurnian Akidah dan Agama Islam. Tetapi jika perbuatan seseorang secara terang-terangan menghina Islam, menyebar perkara-perkara bid’ah, bergelimang maksiat dan mengikuti hawa nafsu maka hukum di atas menjadi berobah.

Hijraan Yang Dibolehkan:

HIJRAAN ertinya tidak berteguran atau memulaukan. Pada asalnya hukum tidak berteguran adalah haram atau berdosa. Tetapi kadang-kadang atas sebab-sebab tertentu kita disuruh oleh Islam supaya memulaukan atau tidak menegur sebahagian orang Islam lainnya.

Di bawah ini akan dibawakan beberapa contoh golongan yang patut dipulaukan:

1. Orang-orang yang memperolok-olokkan ayat Allah.

Firman Allah:

وَإِذَا رَأَيْتَ الَّذِينَ يَخُوضُونَ فِي آيَاتِنَا فَأَعْرِضْ عَنْهُمْ حَتَّى يَخُوضُواْ فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ
Dan apabila kamu melihat orang-orang memperolok-olokkan ayat-ayat kami, maka tinggalkanlah mereka sehingga mereka membicarakan pembicaraan yang lain.
(Al-An’am 6:68)

Menurut Mujahid: “…orang-orang yang memperolok-olokkan ayat-ayat kami” dalam ayat di atas ialah orang-orang yang memperkatakan tentang Al-Quran tanpa kebenaran (tidak haq).

Berkata Imam Ath-Thabary daripada ja’far Muhammad Bin Ali: “Janganlah kamu hampiri ahli khushuumat karena mereka adalah orang-orang yang memperolok-olokkan ayat-ayat Allah. Maksudnya: mereka yang memperdebatkan perkara-perkara yang para salaf salih tidak suka memperdebatkannya.

2. Orang-orang Yang Berbuat Zalim

Firman Allah:

وَلاَ تَرْكَنُواْ إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُواْ فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ
Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka.
(Huud 11:113)


Maksud “…cenderung kepada orang-orang yang zalim” ialah menggauli mereka serta meredhai perbuatan mereka. Dalam ayat ini kita diingatkan bahwa kecenderungan kita kepada orang orang yang zalim boleh menyebabkan kita disentuh oleh api neraka; Lalu bagaimana dengan orang yang justeru memuja, menyanjung orang-orang yang berbuat zalim?

3. Orang-orang Yang Mengikuti Hawa Nafsu

Di antara contoh orang yang mengikuti hawa nafsu ialah orang-orang yang menafsirkan Al-Quran berdasarkan akal semata-mata. Mereka tidak merasa perlu kepada penafsiran Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) padahal Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) adalah orang yang paling layak dalam menafsirkan Al-Quran karena beliau mendapat bimbingan langsung daripada Allah melalui wahyuNya.

Di antara tafsir Al-Quran berlandaskan hawa nafsu ialah: Sholat yang diwajibkan ke atas umat Islam hanya tiga waktu, anggota wudhu’ bukanlah bahagian aurat yang wajib ditutup, bacaan dalam sholat boleh menggunakan selain bahasa Arab dan lain-lain tafsiran lagi.


4. Orang-orang berbuat bid’ah dan menyebarkan bid’ahnya:

Bid’ah walaupun semuanya membawa keseesatan tetapi derjat kesesatan masing-masingnya tidaklah sama. Ada bid’ah yang boleh membawa kepada kekufuran atau murtad. Dan ada pula bid’ah yang tidak sampai ke derjat kufur.

Terhadap bid’ah yang bersangkutan dengan perkara-perkara cabang (furu’) dan tidak membawa kepada kekufuran atau murtad kita masih boleh bertolak ansur dan saling nasihat-menasihati tetapi terhadap bid’ah yang boleh membawa kekufuran atau murtad kita disuruh supaya memulaukan dan jangan bertegoran dengan mereka.

Contoh-contoh bid’ah yang boleh membawa kekufuran atau murtad seperti i’tikad hulu iaitu mendakwa kononnya Allah bersatu dengan sebahagian makhluk, meyakini kononnya ajaran Islam sudah tidak lagi sesuai untuk umat akhir zaman, atau mendakwa kononnya umat Islam cukup hanya mengucap syahadat pertama (syahadat Tauhid) dan tidak perlu kepada syahadat kedua (syahadat risalah) atau mendakwa kononnya tidak perlu beriman kepada Qadha dan Qadar, dan lain-lain.

Sebenarnya sungguh banyak dalil bahwa Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) pernah memulaukan sebahagian sahabatnya atas sebab-sebab tertentu. Antaranya: Baginda memulaukan Ka’ab Bin Malik, Murarah Bin Al-Rabi’ dan Hilal Bin Umayyah karena tidak ikut serta perang Tabuk tanpa uzur sehingga datang tobat mereka daripada Allah, Nabi tidak menjawab salam Ka’ab Bin Malik, Nabi tidak menegor salah seorang isterinya selama sebulan, dan lain-lain lagi.

Seorang lelaki yang banyak berbuat bid’ah pernah bertanya kepada Ayyub Al-Sukhtiyany: Ya Aba Bakr, bolehkah aku bertanya kepadamu satu kalimah? Ayyub berpaling sambil menjawab: Tidak, walaupun setengah kalimah! (Syarh Sunnah vol. I, halaman 194)

Bagaimana dengan golongan anti-hadis? Saya yakin dengan berpandukan keterangan di atas setiap kita mampu menyimpulkan tindakan apa yang patut dilakukan terhadap mereka.

Credit to
Ust Dr Abdullah Yasin

Tuesday, February 19, 2008

Waja Campro : My Baby E39

Sudah masuk 6 bulan saya menggunakan Proton Waja Campro 1.6E. Odometer telah menunjukkan jarak 39,000km. Satu jarak yang cukup jauh rasanya, jika tidak silap ingatan saya ianya adalah lebih kurang jarak ukurlilit bumi ciptaan Allah ini (mungkin ralat 1000km hingga 3000km).

Dalam post yang sebelum ini berkenaan topik Campro secara ringkasnya saya masukkan data-data teknikal kereta enjin Campro. Ianya telah disumbat ke dalam casis Waja setelah melalui tempoh 3 tahun di dalam casis Gen-2. Seperti diketahui umum Waja adalah model kereta Proton yang menelan kos yang paling tinggi untuk dihasilkan di dalam barisan produk Proton. Manakan tidak, kereta ini setelah siap dihantar pula untuk di uji standard keselamatannya untuk mendapatkan penarafan safer cars crash test safety di Euro NCAP pada tahun 2002, Pencapaian yang diperolehi adalah NCAP 3, antara yang terbaik di zamannya dalam kelasnya setaraf dengan beberapa kenderaan di dunia.

Oleh yang demikian Proton boleh menggunakan platform Waja sebagai kayu ukur untuk membina kenderaan masa hadapan yang lebih sempurna dan selamat, Bukanlah menafikan pencapaian tersebut, model awal Proton Waja hakikatnya dipandang mudah oleh pengurusan tertinggi Proton. Kualitinya pada bahagian seperti tingkap kuasa, dashboard, pembuka pintu dan pelbagai lagi sungguh mengecewakan. Ini menunjukkan Proton tidak serius dalam pembuatan kenderaan untuk rakyat Malaysia. Setelah mula dikeluarkan pada tahun 2000, kualitinya diperbaiki lebih baik selepas 2005. Bagaimanapun amalan pengeluaran kenderaan terkini hanya membenarkan kitaran maksimum 6 tahun sahaja sebelum model sepenuhnya baru dikeluarkan. Ini bermakna dalam tempoh 5 ke 6 tahun model tersebut perlu melalui proses ubahsuai antaramuka (facelift) sebanyak 3 kali. Itu adalah untuk mengekalkan daya saing dan membuktikan ianya masih kompetitif serta relevan.

Amat malang sekali Proton Waja mencapai tahap terbaiknya pada tahun 2006. Pada tahun 2004 saya pernah bekerja di Ford Malaysia di Shah Alam, iaitu kilang pemasangan kenderaan CKD pertama di Malaysia. Pada ketika itu Ford Malaysia berada dalam keadaan sukar, dan dalam masa yang sama syarikat mengekalkan survival kami dengan memasang beberapa jenis kenderaan lain di bawah payung Sime Darby dan Tractors Berhad seperti Mazda dan Scania. Selain itu juga syarikat mengikat kontrak pemasangan BMW secara CKD bagi model E39 dan E46 sejak beberapa tahun. Mungkin di luar nampak logo Ford tertera dengan megahnya namun di dalamnya pemasangan BMW lebih ligat berbanding Ford.

Disinilah saya berkenalan rapat dengan model BMW idaman saya iaitu BMW E39 520 dan 525. Melalui beberapa orang hubungan di dalam BMW dapat lah saya merasai pengalaman memandu BMW model E39 520i dan 525. Bagaimanapun saya memilih 520i yang disertai dengan Drive-by-wire technology, 6 silinder sebaris dengan Double Vanos. Pada pendapat saya ianya adalah kereta yang sempurna dan sesuai dengan karakter pemanduan saya yang hanya sukakan kelajuan di lebuhraya lapang bukan di jalan raya biasa. Pemanduan lembut pada kelajuan 80kmph dengan 2000RPM dan 110kmph dengan 2800RPM. Kuasa pecutan kereta ini mampu berada dalam kelajuan 220kmph dengan bergaya, Apa maksud saya bergaya? ianya bermaksud stabil, tidak goyah, mantap dan pengalaman pemanduan yang menakjubkan.

Bagaimanapun pada tahun lepas lebih kurang May 2007 saya melakukan sedikit kajian berkenaan harga pasarannya, ianya masih dalam lingkunngan RM110,000 - RM140,000 walaupun kelihatan E60 sudah banyak melingkar di jalanraya harga E39 masih belum jatuh merudum. Secara tidak langsung saya masih tidak mampu untuk membeli apatah lagi untuk memeliharanya. Terpaksalah pendamkan hasrat, maka misi pencarian kenderaan berakhir dengan memilih Proton Waja Campro 1.6e. Setelah melalui proses melebihi 2 bulan melakukan survey dan pandu uji, pembelian di buat pada akhir Julai 2007 di Proton 3S Mutiara Damansara melalui seorang jurujual Puan Rozi yang mesra melayan kami sekeluarga. Senarai pendek pada ketika itu adalah Proton Waja, Honda City dan Toyota Vios.

Pandu uji yang mengejutkan saya adalah Waja Campro menghampiri corak pemanduan BMW E39 520i. Kegarangan ngauman enjin sukan ketika 4000RPM memang mengejutkan saya, dan setelah itu saya buat ujian pemanduan normal, ianya tidak sepantas double vanos yang bersesaran 2200cc, tetapi karakter enjin yang memenuhi kehendak saya dengan kelajuan 70kmph 1.8k rpm, 80kmph 2.0k rpm dan 110kmph 2.8k rpm. Kenderaan ini juga mampu berada di atas lebuhraya dalam keadaan standard tanpa ubahsuai pada kelajuan 190kmph dengan mantap, tetapi agak goyang dalam keadaan jalan yang sedikit berombak mungkin kerana agak ringan. Namun pemanduan dalam keadaan 170kmph masih sangat stabil dan mantap berbanding dua lagi kereta iaitu City dan Vios. Hakikatnya ianya tidak adil kerana City dan Vios berada dalam kategori yang lain iaitu bersama Persona dan Hyundai Accent. Hakikatnya Waja Campro adalah jauh lebih baik daripada Kia Sephia, bawah sedikit berbanding Honda Civic dan Toyota Altis. Bagaimanapun handling adalah terbaik berbanding kenderaan yang saya senaraikan itu.

Selain itu ianya telah diterapkan beberapa elemen sederhana mewah, dengan tempat duduk kulit berwarna biege gelap, kualiti dashboard yang jauh lebih baik berbanding model awal waja, ciri keselamatan seperti SRS Dual Airbag, Tali pinggang keledar Pre-tensioner, Anti-lock Braking System dan Handling tune by Lotus. Ciri lain seperti DOHC engine, 16 valve, Drive by Wire dan pelbagai lagi. Dari segi kualiti mungkin nasib saya tidak pasti, tapi sepanjang 6 bulan tiada masalah dan ianya berada dalam keadaan terbaik. Saya berulang setiap hari dari Bdr Baru Salak Tinggi ke Bandar Utama pergi balik 120km sehari. Dengan pelbagai situasi jalan, terlalu sesak, sederhana sesak dan lapang, bagi saya ianya cukup lasak melayan keperluan saya,  

Bersama Lotus Proton berjaya membawa ciri-ciri handling kenderaan Eropah ke dalam Waja, dan saya berharap akan datang Proton lebih berhati-hati dan tidak mengulangi kelewatannya seperti di lalui oleh Proton Waja. Hakikatnya ketika ini ujian Euro NCAP lebih ketat malah sudah menjadi biasa bagi penarafan Euro NCAP 4, Proton perlu lebih kehadapan bagi mencapai Euro NCAP5 bagi membuktikan ianya benar-benar kompetitf dan memberi kebanggaan kepada rakyat yang memilikinya.

Kenderaan pertama saya adalah Perodua Kancil 660GX, kemudian Perodua Kembara 1.3 auto. Pembelian protes tersebut saya lakukan setelah melihat kegagalan Proton memenuhi kualiti yang sebaiknya pada tahun 2004. Setelah itu saya memilih Proton Waja Campro 1.6 sebagai kenderaan utama.

Jika berpeluang mempunyai kualiti rakaman yang agak baik, saya ingin berkongsi kaedah yang saya amalkan untuk mengoptimumkan penggunaan minyak bagi kegunaan harian. Bagaimanapun ianya tertakluk kepada kesesuaian kereta yang kita gunakan, keadaan jalan serta masa. Jumpa lagi di lain masa,

Friday, February 15, 2008

Cameron Highland Trip

Minggu lepas trip ke Cameron Highland, yang pergi aku, wife, Nurul Iman, mak dan ayah mertuaku. Disebabkan jarak kampung wife aku dengan Cameron Highland ni just setakat sejam setengah so tak perlulah kami menginap.
Tujuan berjalan selain dari shopping menziarah atuk saudara wife aku yang menetap di Cameron Highland.

Penampilan pertama Nurul Iman di Cameron Highland


Melawat kebun strawberry, gayanya macam anak vietnam je.


Jom kita ikut je Ibu shopping, sampai rumah kita jugak yang makan


Bergaya di kebun teh, tak tahan betul Nurul Iman gelak


Bersama atuk dan nenek Iman

Monday, January 14, 2008

CAMPRO

Campro engines incorporate with drive-by-wire technology (specifically electronic throttle control) for better response,eliminating the need for friction-generating mechanical linkages and cables. Previously there have been some issues with cracking oil pumps but apparently Proton have introduced a new part recently to solve this problem, my Waja Campro 1.6e is already resolve the issues.

The basic Campro engine coded as S4PH is a basic DOHC 16-valve 1.6 L engine that produces 110 bhp (82 kW) @ 6,000 rpm of power and 148 N·m (109 ft·lbf) of torque @ 4000rpm. This is the engine that powers the Proton Gen-2 first edition and now inside my Waja Campro.
Even though the S4PH engine seems to be quite powerful at higher revs, its performance is reportedly sluggish at lower revs and this is proven by driving the Gen-2 uphill where drivers who drive the manual transmission version have to shift a lot between 2nd gear and 3rd gear. This is due to its torque dip in the crucial 2,000 ~ 3,000 rpm operating range, where the torque actually decreases before picking up back to the maximum torque at 4,000 rpm. This torque characteristic can be clearly seen in manufacturer published engine performance curves. But apparently Proton resolve the issues with change a little bit of engine ECU assist by Siemens VDO and also gearbox ratio on automatic transmission for Waja Campro production.