Sudah masuk 6 bulan saya menggunakan Proton Waja Campro 1.6E. Odometer telah menunjukkan jarak 39,000km. Satu jarak yang cukup jauh rasanya, jika tidak silap ingatan saya ianya adalah lebih kurang jarak ukurlilit bumi ciptaan Allah ini (mungkin ralat 1000km hingga 3000km).
Dalam post yang sebelum ini berkenaan topik Campro secara ringkasnya saya masukkan data-data teknikal kereta enjin Campro. Ianya telah disumbat ke dalam casis Waja setelah melalui tempoh 3 tahun di dalam casis Gen-2. Seperti diketahui umum Waja adalah model kereta Proton yang menelan kos yang paling tinggi untuk dihasilkan di dalam barisan produk Proton. Manakan tidak, kereta ini setelah siap dihantar pula untuk di uji standard keselamatannya untuk mendapatkan penarafan safer cars crash test safety di Euro NCAP pada tahun 2002, Pencapaian yang diperolehi adalah NCAP 3, antara yang terbaik di zamannya dalam kelasnya setaraf dengan beberapa kenderaan di dunia.
Oleh yang demikian Proton boleh menggunakan platform Waja sebagai kayu ukur untuk membina kenderaan masa hadapan yang lebih sempurna dan selamat, Bukanlah menafikan pencapaian tersebut, model awal Proton Waja hakikatnya dipandang mudah oleh pengurusan tertinggi Proton. Kualitinya pada bahagian seperti tingkap kuasa, dashboard, pembuka pintu dan pelbagai lagi sungguh mengecewakan. Ini menunjukkan Proton tidak serius dalam pembuatan kenderaan untuk rakyat Malaysia. Setelah mula dikeluarkan pada tahun 2000, kualitinya diperbaiki lebih baik selepas 2005. Bagaimanapun amalan pengeluaran kenderaan terkini hanya membenarkan kitaran maksimum 6 tahun sahaja sebelum model sepenuhnya baru dikeluarkan. Ini bermakna dalam tempoh 5 ke 6 tahun model tersebut perlu melalui proses ubahsuai antaramuka (facelift) sebanyak 3 kali. Itu adalah untuk mengekalkan daya saing dan membuktikan ianya masih kompetitif serta relevan.
Amat malang sekali Proton Waja mencapai tahap terbaiknya pada tahun 2006. Pada tahun 2004 saya pernah bekerja di Ford Malaysia di Shah Alam, iaitu kilang pemasangan kenderaan CKD pertama di Malaysia. Pada ketika itu Ford Malaysia berada dalam keadaan sukar, dan dalam masa yang sama syarikat mengekalkan survival kami dengan memasang beberapa jenis kenderaan lain di bawah payung Sime Darby dan Tractors Berhad seperti Mazda dan Scania. Selain itu juga syarikat mengikat kontrak pemasangan BMW secara CKD bagi model E39 dan E46 sejak beberapa tahun. Mungkin di luar nampak logo Ford tertera dengan megahnya namun di dalamnya pemasangan BMW lebih ligat berbanding Ford.
Disinilah saya berkenalan rapat dengan model BMW idaman saya iaitu BMW E39 520 dan 525. Melalui beberapa orang hubungan di dalam BMW dapat lah saya merasai pengalaman memandu BMW model E39 520i dan 525. Bagaimanapun saya memilih 520i yang disertai dengan Drive-by-wire technology, 6 silinder sebaris dengan Double Vanos. Pada pendapat saya ianya adalah kereta yang sempurna dan sesuai dengan karakter pemanduan saya yang hanya sukakan kelajuan di lebuhraya lapang bukan di jalan raya biasa. Pemanduan lembut pada kelajuan 80kmph dengan 2000RPM dan 110kmph dengan 2800RPM. Kuasa pecutan kereta ini mampu berada dalam kelajuan 220kmph dengan bergaya, Apa maksud saya bergaya? ianya bermaksud stabil, tidak goyah, mantap dan pengalaman pemanduan yang menakjubkan.
Bagaimanapun pada tahun lepas lebih kurang May 2007 saya melakukan sedikit kajian berkenaan harga pasarannya, ianya masih dalam lingkunngan RM110,000 - RM140,000 walaupun kelihatan E60 sudah banyak melingkar di jalanraya harga E39 masih belum jatuh merudum. Secara tidak langsung saya masih tidak mampu untuk membeli apatah lagi untuk memeliharanya. Terpaksalah pendamkan hasrat, maka misi pencarian kenderaan berakhir dengan memilih Proton Waja Campro 1.6e. Setelah melalui proses melebihi 2 bulan melakukan survey dan pandu uji, pembelian di buat pada akhir Julai 2007 di Proton 3S Mutiara Damansara melalui seorang jurujual Puan Rozi yang mesra melayan kami sekeluarga. Senarai pendek pada ketika itu adalah Proton Waja, Honda City dan Toyota Vios.
Pandu uji yang mengejutkan saya adalah Waja Campro menghampiri corak pemanduan BMW E39 520i. Kegarangan ngauman enjin sukan ketika 4000RPM memang mengejutkan saya, dan setelah itu saya buat ujian pemanduan normal, ianya tidak sepantas double vanos yang bersesaran 2200cc, tetapi karakter enjin yang memenuhi kehendak saya dengan kelajuan 70kmph 1.8k rpm, 80kmph 2.0k rpm dan 110kmph 2.8k rpm. Kenderaan ini juga mampu berada di atas lebuhraya dalam keadaan standard tanpa ubahsuai pada kelajuan 190kmph dengan mantap, tetapi agak goyang dalam keadaan jalan yang sedikit berombak mungkin kerana agak ringan. Namun pemanduan dalam keadaan 170kmph masih sangat stabil dan mantap berbanding dua lagi kereta iaitu City dan Vios. Hakikatnya ianya tidak adil kerana City dan Vios berada dalam kategori yang lain iaitu bersama Persona dan Hyundai Accent. Hakikatnya Waja Campro adalah jauh lebih baik daripada Kia Sephia, bawah sedikit berbanding Honda Civic dan Toyota Altis. Bagaimanapun handling adalah terbaik berbanding kenderaan yang saya senaraikan itu.
Selain itu ianya telah diterapkan beberapa elemen sederhana mewah, dengan tempat duduk kulit berwarna biege gelap, kualiti dashboard yang jauh lebih baik berbanding model awal waja, ciri keselamatan seperti SRS Dual Airbag, Tali pinggang keledar Pre-tensioner, Anti-lock Braking System dan Handling tune by Lotus. Ciri lain seperti DOHC engine, 16 valve, Drive by Wire dan pelbagai lagi. Dari segi kualiti mungkin nasib saya tidak pasti, tapi sepanjang 6 bulan tiada masalah dan ianya berada dalam keadaan terbaik. Saya berulang setiap hari dari Bdr Baru Salak Tinggi ke Bandar Utama pergi balik 120km sehari. Dengan pelbagai situasi jalan, terlalu sesak, sederhana sesak dan lapang, bagi saya ianya cukup lasak melayan keperluan saya,
Bersama Lotus Proton berjaya membawa ciri-ciri handling kenderaan Eropah ke dalam Waja, dan saya berharap akan datang Proton lebih berhati-hati dan tidak mengulangi kelewatannya seperti di lalui oleh Proton Waja. Hakikatnya ketika ini ujian Euro NCAP lebih ketat malah sudah menjadi biasa bagi penarafan Euro NCAP 4, Proton perlu lebih kehadapan bagi mencapai Euro NCAP5 bagi membuktikan ianya benar-benar kompetitf dan memberi kebanggaan kepada rakyat yang memilikinya.
Kenderaan pertama saya adalah Perodua Kancil 660GX, kemudian Perodua Kembara 1.3 auto. Pembelian protes tersebut saya lakukan setelah melihat kegagalan Proton memenuhi kualiti yang sebaiknya pada tahun 2004. Setelah itu saya memilih Proton Waja Campro 1.6 sebagai kenderaan utama.
Jika berpeluang mempunyai kualiti rakaman yang agak baik, saya ingin berkongsi kaedah yang saya amalkan untuk mengoptimumkan penggunaan minyak bagi kegunaan harian. Bagaimanapun ianya tertakluk kepada kesesuaian kereta yang kita gunakan, keadaan jalan serta masa. Jumpa lagi di lain masa,
Tuesday, February 19, 2008
Friday, February 15, 2008
Cameron Highland Trip
Minggu lepas trip ke Cameron Highland, yang pergi aku, wife, Nurul Iman, mak dan ayah mertuaku. Disebabkan jarak kampung wife aku dengan Cameron Highland ni just setakat sejam setengah so tak perlulah kami menginap.
Tujuan berjalan selain dari shopping menziarah atuk saudara wife aku yang menetap di Cameron Highland.
Penampilan pertama Nurul Iman di Cameron Highland

Melawat kebun strawberry, gayanya macam anak vietnam je.

Jom kita ikut je Ibu shopping, sampai rumah kita jugak yang makan

Bergaya di kebun teh, tak tahan betul Nurul Iman gelak

Bersama atuk dan nenek Iman
Tujuan berjalan selain dari shopping menziarah atuk saudara wife aku yang menetap di Cameron Highland.
Penampilan pertama Nurul Iman di Cameron Highland

Melawat kebun strawberry, gayanya macam anak vietnam je.

Jom kita ikut je Ibu shopping, sampai rumah kita jugak yang makan

Bergaya di kebun teh, tak tahan betul Nurul Iman gelak

Bersama atuk dan nenek Iman
Subscribe to:
Comments (Atom)