Syukur Alhamdulillah setelah hampir seminggu tolak-tarik dengan Hartawan Pasifik, akhirnya rumah bagi jenis Aster di Tmn Puteri Height dapat untuk tempahan. Jika tidak kami terpaksa memilih rumah fasa 2 yang bukaannya 18 X 65, cuma bezanya lot tepi. Walaupun lot tepi ada beberapa perkara yang tidak membuatkan aku selesa, yang pertama harga rumah yang menyebabkan semua simpanan kami habis disebabkan sasaran kami hanya membuat loan RM210k sahaja. Yang kedua rumah agak kecil, luas lantai juga kecil, dan terpaksa buat pinjaman lain untuk meluaskan sedikit luas lantai. Memanglah lebih besar dari rumah sewa kami di Sepang ni, tapi kalau boleh kami tak nak pindah dengan kos yang sangat tinggi dan terpaksa menunggu renovation. Seterusnya yang paling tak menarik tangki air yang tinggi berhampiran bukit cukup menakutkan, "kalau" lah ada tanah runtuh kawasan tangki air, rumah kami yang pertama sekali kena.
Oleh yang demikian kami telah buat keputusan, jika memang jenis Aster (Fasa 3) tak ada, maka kami akan membatalkan booking serta merta. Belum sempat nak call, depa dah call mengatakan ada kosong berdekatan dengan show house. Bergegaslah kami sekeluarga pergi hari sabtu untuk tengok lokasi, nasib baik cuti sekolah senang sikitlah nak angkut Ibu Iman dan Iman. Alhamdulillah selesai untuk proses booking, kami sekarang menunggu proses untuk pinjaman perumahan.
Setelah buat "calculation" rasanya lebih untung pakai loan Kerajaan berbanding loan Bank, maka keputusan dari Treasury pula dinantikan. Yang paling best harga rumah tak sampai pon RM200k, insyaAllah dengan wang lebih yang ada akan kami penuhi dengan kelengkapan yang selesa untuk kami seisi keluarga. InsyaAllah doakan kami berjaya.
Sunday, December 30, 2007
Wednesday, December 19, 2007
Dah nak kena plan ni
Memandangkan sudah hampir setahun aku berulang, rasanya tibalah masanya nak cari rumah yang dekat sikit at least aku punya target pergi balik bawah 90km sehari tu dah kira bagus lah. Almaklum rumah area Bandar Utama nak kena jadi jutawan segera baru mampu.
Esok hari sabtu, kawasan sasaran ialah Gombak, Selayang, Kepong dan Rawang. Last week dah jalan Kota Damansara, Sungai Buloh dengan Shah Alam. Tapi menghampakan.
Semoga Allah buka jalan kami sekeluarga esok.

Monday, December 10, 2007
Up Down Tak Teh..hmmm
Lama sungguh tak update blog, actually blog ni wujud pon asalnya sebab excited dapat Nurul Iman. Sebenar-benarnya memang busy tak hingat. Almaklum travelling hari2 120km, nak jimat minyak kaki kanan macam tarian mak yong punya lah lembut. Tapi kalau dah malam sangat tu follow jugak lah limo limo KLIA yang macam pelesit tu. Lagipun nak lebih2 sayang lagi kat Waja ni baru 20 ribu lebih km setakat 140km/h tu beranilah, bukan tak percaya buatan Malaysia tapi increament tak dapat lagi bonus pon tak merasa lagi kat ofis baru ni.
Rasanya kalau dah mampu teringin jugak langgan wireless broadband kat handphone so senang ler nak update blog. Sambil lunch pon boleh update blog. Buat masa ni talian streamyx sahajalah peneman Internet dirumah guna untuk jadi personal webserver, wife aku surfing, remote server kat ofis, and pengkalan download tahap gaban. Buat masa ni siri 24 untuk season 1 dah settle season 2 lagi sikit lagi. Berbanding Segambut line ADSL streamyx kat Salak Tinggi ni punya lah laju, aku rasa lebih kurang sama je dengan SDSL ofis aku tu.
Nurul Iman pon sekarang dah pandai duduk, merangkak punya lah laju, dok up down up down bila tak teh je jatuh. Kadang2 sedih gak sebab pernah seminggu tu aku pergi kerja pukul 7pagi balik pukul 11mlm and 2 pagi pun ada, nak ber "3G" phone pon mahal sangat lagi rasanya banyak lagi tempat yang penting. Pergi keje dia tak bangun lagi bila aku balik dia dah tidur kesian sebenarnya, hati aku pun rasa macam patah je. Tapi kenangkan rezeki Allah bagi seperti ini mesti ada hikmahnya, lagipun amanah besar tak kisahlah apa pun perspektif orang tapi niat aku Allah je yang tahu. "Di hati ini hanya tuhan yang tahu".
Ni hah dia menyepahkan limau kat rumah, sekarang ni memang hiasan rendah semua dah di remove. Hiasan rumah aku ni je lah Nurul Iman.

Sunday, November 4, 2007
Pasang Pagar
Nurul Iman dekat Gedangsa sekarang ini. Habis cuti hantar Nurul Iman di kampung bersama isteri tersayang, aku menguruskan rumah bersendirian. Sampai di Salak Tinggi Alhamdulillah tuan ruman aka Pak Cik aku dah pasang pagar dekat rumah.
Terima kasih Wak
Terima kasih Wak
Monday, April 9, 2007
Stay in KL
Today Nurul Iman still in KL, end of this week Iman and her mom will moved to my father in law house (for "berpantang") at Kg. Gedangsa, K.Kubu Bharu. Today is my 1st day work after my compassionate leave end. During my wife 2 month leave we are not stay at our home Bdr Baru Salak Tinggi.
Friday, April 6, 2007
Why Ayah Iman
Salam
Why ayah iman? what is ayah iman?
ayah iman means me, Iman is my first baby, firsh child, first daugter,
ayah = father; Iman = Nurul Iman binti Jarisman.
Why ayah iman? what is ayah iman?
ayah iman means me, Iman is my first baby, firsh child, first daugter,
ayah = father; Iman = Nurul Iman binti Jarisman.
Why Hujan Baru? What is hujan batu?
hujan means rains, rahmat from Allah s.w.t, batu is rock means large mass of stone forming a hill , cliff, promontory or the like. But in Malay thesaurus Hujan Batu is better in the own country, and love the country that's is Malaysia.
My 1st child born at Hospital Serdang UPM 5th April 2007. Yesterday iman get her certificate of birth with wonderfull no. 050407... actually our target to be due on 2nd April because same with my birthday, but ths cute girls doesnt want get out from her mother yet.

After birth at Hospital Serdang
Subscribe to:
Comments (Atom)