Monday, July 4, 2011

Blog ini berpindah

Bermula April 2011, saya telah memindahkan blog ini ke enjin blog wordpress. Bermakna tiada lagi update disini, baiklah jom jumpa di http://blog.jarisman.com

Terima kasih

Monday, March 28, 2011

Personal Tech : Windows for my Office, Ubuntu for my Desktop, Symbian for my Mobile

Entri ringkas hari ni cuma hendak menyatakan teknologi ada pelbagai pilihan dan kadangkala kita terpaksa pakai walaupun tak berapa minat, tetapi tak menghalang kita dari terus menggunakannya. Di samping itu minat juga boleh dikongsi bersama keluarga untuk manfaat sekeluarga biarpun kadangkala orang lain merasakan terlalu "techie" tapi pada saya ianya tidak melampau kan?? huhu

Bagi penggunaan di pejabat OS yang dibekalkan adalah Microsoft Windows 7, maka saya menggunakannya kerana tidak mahu menjadi penyebab kepada kesusahan rakan-rakan di pejabat. Kerana saya meminati Linux maka saya paksa semua orang pakai Linux, itu adalah tidak patut. Maka teruskan mengguna MS Windows dan MS Office.

Bagi kegunaan dirumah, secara peribadi saya menggunakan Ubuntu 10.10 manakala isteri saya pula saya bekalkan dua OS dalam Inspiron Mininya, satu Windows XP dan satu lagi Ubuntu 10.04. Windows tidak lebih unruk membantu isteri saya membuat kerja pejabat yang memerlukan menaip dalam tulisan jawi. Tetapi secara tidak langsung isteri saya kelihatan lebih selesa menggunakan Ubuntu 10.04 untuk melayari internet bagi mencari bahan kerana ianya lebih pantas dan tiada gangguan virus.

Alhamdulillah, sekurang-kurangnya saya berjaya mendidik keluarga menggunakan perisian sumber terbuka bagi mengelakkan / mengurangkan syubhah menggunakan perisian tanpa lesen. Anak-anak pula Nurul Iman dan Nurul Hanan sudah biasa bermain menggunakan Ubuntu 10.04, nak shutdown pon dah pandai. Lepas ni Nu'man kena belajar dari kakak2nya.

Mungkin bagi penggemar Linux merasakan sepatutnya Linux fan akan teruskan dengan minatnya di Desktop dan di telefon pintar. Sepatutnya peminat Linux Ubuntu, Redhat dan sebagainya meminati Android untuk dikuasakan kepada telefon bimbit masing-masing, Tetapi dari telefon pintar pertama saya pada 2005 hingga kini saya hanya menggunakan telefon pintar yang dikuasakan dengan OS Symbian. Kenapa ye? pada saya sehingga sekarang OS Symbian masih yang terbaik, kerana tanpa kuasa CPU yang terlalu tinggi dan RAM yang terlalu besar ianya masih mampu menjalankan aplikasi yang jauh lebih hebat dari OS lain.

Seperti Linux Ubuntu, ianya sangat berkuasa walaupun hanya dipasang atas laptop mini. Berbanding Windows 7 atau Windows XP yang dipasang di atas platform perkakasan yang sama prestasi Ubuntu jauh lebih baik, malah dapat menjalankan aplikasi yang lebih banyak serta multi tasking yang sangat berkesan.

Begitu juga Symbian, sebagai contoh Symbian 3 apabila hanya dipasang di atas perkakasan yang mempunyai CPU berkelajuan 600mhz serta 256mb RAM ianya mampu menjalankan fungsi yang jauh lebih banyak berbanding IPhone yang menggunakan IOS, Blackberry, Windows Mobile, malah Android. Bayangkan Symbian sejak tahun 2008 sudah mampu menjadikan telefon pintarnya Wifi bergerak, Android baru minggu lepas ada aplikasi tersebut. Selain dari itu, Mobile OS lain kini berjuang atas platform 1Ghz kelajuan CPU dengan RAM 486mb dan ke atas.

Pada pendapat saya adalah aplikasi yang baik, adalah aplikasi yang mampu di jalankan di atas platform perkakasan yang minimum kerana ianya membantu teknologi itu berkembang tanpa terlalu mengejar kelajuan dan saiz perkakasan sekaligus memberi peluang orang yang tidak mampu merasai teknologi tanpa had. Meningkatnya kelajuan CPU dan saiz RAM yang terlalu cepat, kuasa bateri juga perlu lebih, cas elektrik juga menjadi lebih, kepanasan juga lebih.

p/s: teringat semasa tahun 2000, group projek bersama Muneq dan Yasir, kami menjalankan RedHat diskless client menggunakan konsep thin client-server, dengan membawa simple hardware sebagai server (motherboad, CPU, RAM, harddisk, NIC) dan naked client (motherboard, CPU, RAM, floppy disk, NIC). Mmg basic gila lah, tapi alhamdulillah it's work :) sambil mengucapkan Hello World di Fakulti Sains Komputer UPM. Muneq, idea hang memang briliant bro.

Thursday, February 17, 2011

Nokia E66 Untuk Dijual











One year old perfect condition

Monday, December 13, 2010

Menanti E7

Setelah menunggu sekiankalinya telefon pintar berkuasakan Symbian 3 iaitu Nokia E7, akhirnya pada Disember 2010 kekecewaan yang teramat sangat dirasai. Nokia menangguhkan lagi pengeluarannya dalam tempoh suku pertama tahun 2011. Kekecewaan ini terpaksa ditanggung dengan kemungkinan yang saya akan mengambil Nokia N8 dalam hujung minggu ini. Bakal pemilik baru E72 sudah memberi kata dua sama ada menjualnya pada bulan ini atau saya terpaksa mencari pembeli lain :(

Terpaksa berfikir!!!!

Thursday, September 23, 2010

Review : My Own Nokia E72

  • Alhamdulillah, kini telah masuk suku ketiga menandakan hampir setahun Nokia E72 ini menjadi milik saya sejak 11 Nov. 2009 iaitu 3 hari selepas pelancaran rasminya di Malaysia..


  • Kini setelah hampir setahun terfikir pula untuk buat sedikit review bagi dikongsi bersama teman-teman yang terbaca blog ini.
  • Review ini bukan lah terlalu saintifik dan spesifik seperti yang anda perolehi di phonearena.com atau gsmarena.com, tapi lebih kepada pengalaman saya sendiri yang mungkin boleh dikongsi kepada semua. 

  • Baiklah sebelum itu saya tampilkan dahulu spesifikasi Nokia E72 yang disalin dan tampal dari gsmarena.com :

     
GENERAL2G NetworkGSM 850 / 900 / 1800 / 1900
3G NetworkHSDPA 900 / 1900 / 2100
  HSDPA 850 / 1900 / 2100 - American version
Announced2009, June
StatusAvailable. Released 2009, October
SIZEDimensions114 x 58 x 10 mm, 65 cc
Weight128 g
DISPLAYTypeTFT, 16M colors
Size320 x 240 pixels, 2.36 inches
  - Full QWERTY keyboard
- Five-way scroll key
- Accelerometer sensor
- Optical trackpad
SOUNDAlert typesVibration; Downloadable polyphonic, monophonic, MP3 ringtones
SpeakerphoneYes
  - 3.5 mm audio jack
MEMORYPhonebookPractically unlimited entries and fields, Photocall
Call recordsDetailed, max 30 days
Internal250 MB storage, 128 MB RAM
Card slotmicroSD, up to 16GB, hotswap, buy memory
DATAGPRSClass 32, 100 kbps
EDGEClass 32, 296 kbps
3GHSDPA, 10.2 Mbps; HSUPA 2 Mbps
WLANWi-Fi 802.11 b/g, Nokia VoIP 3.0
BluetoothYes, v2.0 with A2DP
Infrared portNo
USBYes, v2.0 microUSB
CAMERAPrimary5 MP, 2592 x 1944 pixels, autofocus, LED flash
VideoYes, VGA@15fps
SecondaryVGA videocall camera
FEATURESOSSymbian OS 9.3, Series 60 v3.2 UI
CPUARM 11 600 MHz processor
MessagingSMS, MMS, Email, Instant Messaging
BrowserWAP 2.0/xHTML, HTML
RadioStereo FM radio with RDS; Visual radio
GamesDownloadable
ColorsWhite, Zodium Black, Metal Grey, Topaz Brown, Amethyst Purple, White Edition
GPSYes, with A-GPS support; Nokia Maps 3.0
JavaYes, MIDP 2.0
  - Digital compass
- WMV/RV/MP4/3GP video player
- MP3/WMA/WAV/RA/AAC/M4A music player
- Document editor (Word, Excel, PowerPoint, PDF)
- Flash Lite v3.0
- Push to talk
- Voice command/dial
- Organizer
- Printing
BATTERY  Standard battery, Li-Po 1500 mAh (BP-4L)
Stand-byUp to 480 h (2G) / 576 h (3G)
Talk timeUp to 12 h 30 min (2G) / 6 h (3G)

  • Telefon pintar ini boleh saya kategorikan sebagai yang terbaik di dalam kelasnya. Dengan dikuasakan oleh Symbian OS s60 ianya telah banyak membantu tugasan harian saya dalam melaksanakan pelbagai perkara.
  • Kelebihan telefon pintar ini sepanjang berada digenggaman saya adalah:
    • Kuasa bateri yang cukup baik, berkapasiti 1500mAh. Saya amat gemar membaca artikel-artikel yang berada dalam suapan RSS, pantang ada kesempatan daripada pagi sambil duduk sarapan pagi, menunggu lif, tunggu mesyuarat, sebelum tidur dsb pasti akan saya klik dan tuju ke laman2 menarik yang telah saya pilih dari RSS tersebut . Selain itu ketika minggu yang padat dengan kerja, push mail akan saya aktifkan setiap masa. Selain itu jika versi Ubuntu terbaru dilepaskan juga akan saya gunakan untuk download iso file Ubuntu menerusi torrent di dalam E72 ini. Jika ada mesyuarat / urusan di luar, saya akan gunakannya juga sebagai WiFi Access Point. Dengan simpanan 1500mAh adalah cukup untuk sehari menjalankan aktiviti2 sambilan tersebut. Ketika menyambut Hari Raya Idulfitri kadar akses internet telah saya turunkan bagi mengawal bil (lebih baik sedekah duit raya lah masa ni) disamping tak ada orang pon di ofis, dan terbukti kuasanya cukup untuk dioperasikan hampir 72jam.
    • Rekabentuk yang kukuh; dibina casisnya dari aluminium menjadikannya senang untuk digenggam, tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil serta terasa selamat di tangan.
    • Papan kekunci yang selesa walaupun kecil ianya tetapi bagi saya ianya selesa untuk saya gunakan dengan jari jemari saya yang tidak kurus ini.
    • Optical Navigator juga semakin lama semakin pantas dan tepat. Berbanding kali pertama membelinya, optical sensor E72 asalnya tidaklah berapa jitu jika dibandingkan dengan Blackberry. Bagaimanapun sehingga tarikh blog ini ditulis Nokia telah upgrade sebanyak 3 kali Firmware untuk E72, dan setiap kali upgrade menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan dan kini boleh saya katakan Optical Navigator E72 berada pada tahap terbaik. Untuk makluman model ini juga adalah model dari Nokia yang pertama menggunakan Optical Navigator.
    • Backlid untuk screen dan keyboard yang jelas dan terang memudahkan browsing diwaktu gelap (diwaktu anak dah tidur).
    • LED Flash yang sangat memudahkan urusan di dalam gelap tidak terhad sebagai flash untuk kamera, hendak cari barang tercicir dalam kereta? Cari selipar diwaktu kelam di luar pintu rumah atau diluar pintu masjid? Bekalan elektrik terganggu? Semuanya boleh dilakukan tanpa perlu membawa lampu suluh, hanya tekan button spacebar lama-lama lampu LED flash menyala dengan terang.
    • Kamera dengan 5MP autofocus, sekalipun hanya single LED Flash ianya cukup untuk snap gambar ketika terlupa bawa kamera.
    • Menyokong aplikasi push mail, chat available (YM, IM, Gtalk), perisian office percuma dan menyokong file format docx, xlxx, pdf, serta perisian yang bersepah-sapah dalam Ovi Store yang akan saya kongsikan perisian yang saya gunakan sebentar lagi.
    • Capaian load aplikasi yang pantas, gandingan Symbian OS 9.3, Series 60 v3.2 UI dan CPU ARM 11 600 MHz processor. Sangat memudahkan dalam menjalankan aplikasi dalam keadaan multi tasking. Telefon pintar antara terbaik pernah saya guna sebelum ini adalah HTC Touch Viva, Nokia N82 dan Nokia E66, kesemuanya apabila melaksanakan multi tasking akan menyebabkan proses load aplikasi menjadi sangat lembab terutama sekali HTC Touch Viva yang menggunakan Windows Mobile. Untuk makluman dengan hanya menekan button home dalam 3 saat E72 akan memaparkan task yang sedang berjalan dibelakang tabir.



    • Ini adalah homescreen saya, berlatarbelakangkan Liverpool FC, dengan aplikasi yang tertera dihadapan adalah messaging, clock setting, GPS, Opera Mini, Internet Browser, Yahoo Mail an Gmail, Calendar, dan enjin carian nokia.

    • Selain itu pula aplikasi yang saya gunakan di dalam E72, antaranya yang menarik adalah Google apps mobile sbg enjin carian pantas internet serta menghubungkan saya dengan akaun aplikasi milik google seperti maps, calendar dsb. SMS Preview saya gunakan untuk preview sms sekiranya saya sedang browse phone/ baca email tanpa perlu saya balik ke homescreen ianya akan terus paparkan sms yang tiba dalam masa 5 – 10 saat (boleh setkan). 
    • Selain itu perisian Quran tak perlu saya ceritakan cukuplah dengan peringatan "Bacalah al-Quran itu walau dengan sepotong ayat". Seterusnya Opera Mini digunakan untuk browse internet dengan funsi speed dial yang menarik serta multi browsing. 
    • ScreenSnap pula saya gunakan untuk buat print screen yang macam anda sedang lihat ini screen phone yang saya paparkan di blog ini. KL Traffic pula adalah perisian untuk melihat keadaan trafik sekitar KL, bagaimanapun ianya bergantung juga kepada kamera LLMNet sekiranya kamera mereka tidak berfungsi tak dapek den nak nolong, bagaimanapun bagi kegunaan peribadi saya ianya sebenarnya banyak membantu saya dalam merancang perjalanan ke KL dari Rawang.
    • Ad. Communication Manager pula berfungsi untuk filter pemanggil, katakanlah anda tidak mahu menerima panggilan dari nombor yang tiada di dalam phone book maka anda boleh setkan profile sedemikian, setelah diaktifkan jika pemanggil datang dari nombor yang tiada dalam phonebook maka dengan pintarnya telefon pintar anda reject pemanggilnya. Malah paling kejam anda boleh setkan profile caller mana sahaja anda hendak terima atau tidak mahu terima tapi kena rajin lah buat profile, saya tak ada masa huhu.
    • Seterusnya FB plug-in pula untuk menghantar gambar dari E72 terus ke akaun Facebook melalui furtive software. Kelebihan menggunakan plug in ini anda tidak perlu tunggu upload satu demi satu gambar, anda boleh upload sahaja seberapa banyak gambar ikut kehendak hari kemudian biarkan telefon anda buat kerja tu sambil anda pergi buat kerja lain (tak perlu tunggu). Nanti bila ada masa buka akaun facebook tinggal anda approve sahaja gambar mana yang hendak dikongsi kalau tak mahu boleh delete di akaun facebook. 
    • SymTorrent pula antara perisian yang sangat menarik, ianya adalah perisian torrent yang tidak ubah seperti yang anda gunakan di dalam desktop/notebook anda sebagai contoh seperti torrentspy, bittorent dan banyak lagi. Saya gunakannya untuk download Open Source seperti Ubuntu, Debian dsb. Tapi sebelum buat kerja torrent ini kena pastikan mmg anda ambil unlimited bandwidth dgn telco, bagaimanapun boleh juga untuk anda set secara lalai (default) untuk anda download menggunakan WiFi rumah, bermakna sambil kita tidur diwaktu malam sambil E72 buat kerja download pon boleh. Selain itu juga pastikan memory card anda cukup untuk download. Untuk makluman saya menggunakan 16GB memory card untuk E72 ini, jadi tak perlu nak fikir pasal cukup atau tidak storage, lepas Solat Subuh kalau dah habis download pindahkan terus kedalam PC / Notebook.
    • Selain itu JoikuSpot juga perisian yang menarik untuk digunakan, saya gunakannya sebagai WiFI AP ketika berada diluar pejabat atau rumah. Sepanjang pengalaman menggunakannya saya kategorikannya adalah terbaik dan lebih pantas berbanding saya gunakan E72 disambung pada usb ke notebook. Dengan menggunakan JoikuSpot anda telah menjadikan E72 anda sebagai pembekal WiFi bergerak paling pintar tanpa perlu bawak cable. Tetapi awas penggunaan yang agak lama akan menyebabkan bekalan bateri cepat susut (kebiasaanya saya masuk kereta terus kena charge), selain itu telefon menjadi panas (takdelah sampai melecur) dan pastikan anda memang melanggan unlimited bandwidth jika tidak jangan terkejut ketika menerima bil nanti. Oleh yang demikian jika anda empunya E72, disamping subscribe RM68 untuk kegunaan telefon, ditambah pula subscribe lagi RM58 untuk Mobile Broadband untuk kegunaan notebook anda, mungkin perisian ini boleh memberi pertimbangan sewajarnya untuk anda membuat keputusan seterusnya. Berbelanjalah dengan bijak.
  • Satu lagi perisian yang saya tertinggal adalah ThreadSMS, perisian ini menjadikan SMS anda di dalam E72 lebih menarik seperti IPhone atau Android iaitu secara conversation, screen shot di atas adalah contoh conversation sms dgn rakan lama saya Pete. Ianya boleh diperolehi di Ovistore atau laman my-symbian.com. Klu di my-symbian tu pandai-pandailah google kaedah install, klu di Ovistore gunakanlah kad kredit anda harganya USD$5.17.

Hakikatnya perisian-perisian tersebut adalah tidak terhad kepada E72 sahaja malah ianya di buat atas platform Symbian OS, bagaimanapun saya mengkhususkannya untuk E72 sebab saya pakai E72. Setakat ini dahulu rasanya letih pulak taip banyak-banyak dengan keyboard E72 ni. Wassalam.

Monday, May 3, 2010

Qonaah

Apakah dia Qonaah? Qonaah merupakan sikap orang yang gigih dalam berusaha dan giat dalam bekerja namun apabila hasilnya tidak sesuai dengan yang diharapkan maka dirinya dengan senang hati menerima hasilnya dengan rasa penuh syukur terhadap nikmat yang Allah Subhanahu Wa Ta'ala berikan pada dirinya.

bagi kita yang mampu memiliki sikap qonaah maka rasa kecukupan inilah yang menjadikan diri kita kaya hati kerana berapapun jumlah rezki yang diterima bagi kita sudah sangat cukup. Kekayaan hati ini yang selalu mendorong diri kita untuk meraih kemajuan hidup berdasarkan pendirian kita dengan tetap berharap kepada kurnia Allah SWT. Sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW.

'Dari Abdullah ibnu Amru ibnu al-Ashr, bahwasanya Nabi bersabda, 'Sungguh beruntunglah orang yang masuk Islam dan diberikan rizki yang cukup kemudian Allah memberikan karuniaNya sikap qonaah (menerima apa adanya) dengan apa yang telah diberikan kepadaNya.' (Hadis Riwayat Muslim).

Wednesday, April 14, 2010

Gopoh Gapah Adalah Salah Satu Sifat Yang Dicela

Salah satu di antara sifat atau tabiat kalau jadi manusia ialah bersifat gopoh. Ini jelas telah dinyatakan di dalam Al Quran yang bermaksud:
Ertinya : Dijadikan manusia itu sangat gopoh.

Ini juga diantara ujian kepada manusia. Apakah boleh berjaya atau tidak, manusia itu mendidik dan mendispinkan diri agar menjadi manusia yang tenang. Biasanya manusia yang gopoh itu kerana jiwanya tidak tenang. Sentiasa gelisah dan resah, lebih-lebih lagi jika ditimpa ujian. Ujian golongan bawahan seperti miskin, orang tidak peduli, orang benci dll. Ujian golongan biasa seperti ada saingan di dalam merebut jawatan, dilucutkan jawatan, rugi di dalam perniagaan, tidak dilantik lagi menjadi menteri.

Manusia itu jika tidak berusaha mendidik dan bermujahadah dengan nafsu yang gopoh-gapah dan benih gelojoh, maka benih gopoh yang semulajadi yang Allah cipta dalam diri manusia ibarat benih pokok. Ia akan bertunas, berdaun dan berbatang akhirnya membesar subur dan berbuah di waktu itu. Sifat gopohnya benar-benar berakar umbi dan mendarah mendaging di dalam diri manusia hingga menjadi tabiat, sikap dan seterusnya menjadi budaya hidupnya.

Apabila sifat gopoh telah mendarah mendaging, maka diwaktu itu amat sulit sekali untuk membuangnya dan dengan sifat gopoh yang telah begitu subur di dalam diri itu dia sedar bahawa tabiat gopohnya itu sangat menyusahkan dan menyiksakannya. Namun untuk membuangnya amat sulit sekali. Kecuali berusaha dan bersungguh-sungguh berjuang berhempas-pulas pula memerangi sifat gopoh itu serta memohon kepada Allah SWT selalu agar membantunya membuang sifat gopoh itu mungkinlah boleh. Justeru itulah manusia itu, kecil lagi memerlukan didikan yang berdasarkan Islam terutamanya ibu bapanya. Kemudian bagaimana hendak membentuknya agar jangan subur. Kerana membuangnya 100% dalam diri manusia adalah mustahil.

Memanglah setiap yang negatif itu adalah mudah dikawal waktu benihnya lagi. Apabila menjulur sahaja, pangkas, potong akhirnya dia akan bantut tapi kalau dia dibiarkan menjadi sebatang pokok yang besar maka diwaktu itu kalau dibiarkan menjadi sebatang pokok yang besar maka waktu itu sudah amat susah dan sulit sekali untuk memusnahkannya.

MERBAHAYANYA SIFAT GOPOH

Sifat gopoh jika ia telah dibiarkan tidak dididik dan tidak diasuh daripada seorang yang kecil hingga terbiar sampai dewasa bahkan sampai tua, sifat gopoh itu sangat merosakkan pada diri yang mempunyainya dan juga orang lain.

DI ANTARA KEJAHATAN DAN KEBURUKKANNYA YANG TIMBUL DARI SIFAT GOPOH:

• Mudah mengeluarkan kata-kata atau percakapan tanpa berfikir dahulu baik buruknya. Akhirnya banyak tersalah .

Rasulullah SAW bersabda:

" Barangsiapa yang percaya dengan Allah dan hari kemudaian maka hendaklah ia berlaku baik dan diam,"

• Dalam pergaulan dan perbincangan sifat gopoh itu mudah sahaja memotong cakap orang ramai, orang tersinggung, banyak orang benci, akhirnya berlaku perpecahan hati yang akan membawa perpecahan yang lebih besar lagi.

• Gopoh membuat sesuatu keputusan tanpa memikirkan lebih dahulu atau tanpa berunding dengan orang-orang yang boleh dipercayai. Akhirnya keputusan itu tersalah atau tidak jitu. Akibatnya penyesalan yang tidak berkesudahan.

• Mudah menuduh atau menghukum, akibatnya selalu sahaja tersalah. Banyak orang yang terfitnah dengan sebab kegopohan kita . Sedangkan fitnah itu lebih dahsyat daripada pembunuhan. Teraniayalah orang itu. Kalau mereka tidak sabar atau gopoh pula, dia akan menyerang kita. Seterusnya memusuhi kita atau terheret kita ke mahkamah.

• Daripada sifat gopoh itu mudah memukul orang, menyerang dan membunuh orang. Timbullah kerosakan dari kejahatan dalam masyarakat. Selapas itu akan berlaku dendam-mendendam . mungkin nanti masing-masing membawa klik atau kawan-kawan masing-masing. Maka kerosakannya lebih besar lagi.

• Daripada sifat gopoh, kita selalu sahaja mendapat malu padahal malu itu menghilangkan maruah kita. Hilang wibawa kita. Hilang keyakinan orang .

• Sifat gopoh mudah membawa orang cepat merajuk, mudah putus asa iaitu sifat yang sangat dilarang oleh Allah SWT.

Firmannya:

JANGAN KAMU BERPUTUS ASA DARIAPADA RAHMAT ALLAH"
"TIADA YANG BERPUTUS ASA ITU MELAINKAN KAUM YANG KAFIR"

• Orang yang gopoh melainkan tidak tenang hidupnya kerana selalu sahaja tersalah, tersilap, terlajak, tersasul yang merugi dan menyusahkan hati.

• Dengan sifat gopoh itu bukan sahaja mendorong membuat sesuatu kerja tanpa mengkaji lebih dahulu. Bahkan mudah sahaja meninggalkan sesuatu kerja itu. Lebih-lebih lagi bila terasa kerja itu susah dan berat iaitu kerja akan terbengkalai dalam kehidupan.

• Dengan sifat gopoh yang ada pada seseorang itu, orang lain tidak suka berkawan. Orang takut berkawan kerana ada kalanya dia kalau marah mendadak sahaja. Tanpa munasabah sekalipun pada kawan, isteri, anak-anaknya lebih-lebih lagi kalau bukan kawannya.

• Sifat gopoh seseorang itu boleh membawa seseorang itu mudah melulu bertindak. Mudah menjadikan musuh kawan dan juga menjadikan kawan itu musuh. Segala tindakan dan usaha-usahanya sembrono. Tidak berdisplin, bersusun dan teratur.

• Sifat gopoh mudah bertukar fikiran. Mudah mengubah sikap. Mudah bertukar prinsip. Mudah diucuk dan dihasut. Mudah dilatah-latahkan hingga susah kita hendak berpegang dengan pendiriannya. Kalau dalam satu perjuangan mudah menyebelahi musuh atau memukul kawan seperjuangan.

• Sifat gopoh itu selalu sahaja membuat seseorang menyesal tidak sudah, sesal berpanjangan.

• Gopoh termasuk akhlak yang buruk, perangai yang hodoh. Budi pekerti yang pelik, dibenci oleh Allah, Rasul dan seluruh makhluk.

• Sifat gopoh itu pada seseorang mudah atau cepat menolak kebenaran yang dibawa oleh orang lain tanpa fikir panjang, tanpa kaji dan selidik.

Sifat gopoh yang tidak dapat dikekang lagi dan dikawal, menjadikan seseorang itu hilang sabar atau menjadi orang yang tidak sabar terutama bila diuji dengan nikmat mahupun kesusahan.

PUNCA-PUNCA ATAU SUMBER SIFAT GOPOH

• Punca atau sumber sifat gopoh itu benihnya adalah ciptaan tuhan. Semulajadi ia lahir bersama-sama dengan tubuh kasar manusia. Kemudian dibiarkan dia tanpa dididik hingga menjadi subur

• Didorong lagi dengan sifat ego atau sombong samada disedari oleh orang itu atau tidak. Kerana sifat ego juga benihnya juga telah Allah ciptakan sejak lahir lagi. Apatah lagi didorong oleh faktor-faktor yang mendatang seperti ada pangkat yang tinggi, kaya, ada kuasa dan lain-lain

• Mungkin kekurangan ilmu pengetahuan tentang ilmu-ilmu hati atau jiwa. Samada Mahmudahnya mahupun Mazmummahnya. Ertinya hati atau jiwanya terbiar tanpa dapat pimpinan dan didikan yang sempurna secara Islam maka terdorong dari dalaman.

• Boleh jadi juga faham tentang ilmu hati atau jiwa tapi lemah bermujahadah atau tidak sungguh-sungguh bermujahadah dikernakan lemahnya iman atau lemahnya iman atau lemahnya aqidah dan tidak tahan godaan diluar diri yang sentiasa mencabar.

• Mungkin juga didorong oleh sifat tamak dan rakus. Atau didorong oleh sifat tamak dan rakus. Atau didorong oleh jiwa yang lemah kerana lemahnya aqidah dan sekalipun disertakan ilmunya, pakar aqidah atau pakar tauhid tapi tidak dihayati.

GOPOH MENJADIKAN MANUSIA MELULU.

Sifat gopoh boleh menjadikan manusia segala tindak tanduk dan sikapnya tidak berdisplin hidupnya terutama bila berhadapan dengan dua keadan ini.

• APABILA WAKTU SENANG DAN MEWAH

Diwaktu mereka ada duit, hilang pertimbangan. Waktu berbelanja terlalu gopoh berbelanja. Ia beli apa saja, bermacam-macam. Berfaedah atau tidak berfaedah, perlu atau tidak terutama jangan sahaja nampak barang atau benda yang dia suka atau barang yang orang lain ada, dia kan beli. Nampak sungguh macam orang kemaruk atau tidak siuman. Hilang rasionalnya sekalipun seorang yang berpelajaran, mendapat pelajaran tinggi, berjawatan tinggi, kedudukan penting dalam masyarakat. Akhirnya rumah macam muzium. Apabila sudah terlalu banyak hingga tidak terurus timbullah pembaziran. Maka kesenangan tidak dapat dikongsi oleh orang lain.

• APABILA MENDAPAT KESUSAHAN

Apabila mendapat kesusahan seperti kemiskinan, sakit, bencana alam, kemalangan, di waktu itu mereka yang gopoh itu nampak sangat melulunya dalam hendak menyelesaikan masaalah, keluh kesahnya begitu ketara, mukanya tidak ceria, maka mengadulah ia ke sana, ke mari. Dia tidak fikir orang suka atau tidak. Sesuaikah orangnya untuk mengadu atau tidak. Orang itu simpati atau benci. Dia akan ceritakan masalah. Walaupun sebelum ini entah berapa kali sudah diceritakan masalahnya.

Kalau hendak mengatasi kemiskinan hingga membuat yang tidak patut hingga menimbulkan masalah lebih kusut lagi seperti berhutang di sana di sini hingga hutang keliling pinggang begitu juga kalau sakit, apabila bertemu sahaja ubat di mana-mana dia mesti beli, sekali dua sahaja digunakan atau dimakan, kemudian beli ubat yang lain pula. Begitu sekali gopohnya membeli ubat. Itu boleh tahan, setengahnya jumpa bomoh sami, berubat menyalahi syariat. Bersandar dengan tuhan langsung tidak ada dalam jiwanya.

Dia rasa semua masaalah boleh diselesaikan dengan usahanya. Hingga terlalu bersandar dengan usaha, hilang displin diri. Bila hilang displin diri nampaklah melulunya, tindak tanduknya hingga hilang pertimbangan aqal fikirannya.

BAGAIMANA MENGUBATI PENYAKIT GOPOH

Sebelum ini kita telah katakan bahawa penyakit gopoh itu kerana jiwanya tidak tenang disebabkan sifat ego. Tidak faham perjalanan hati atau jiwa. Membiarkan sifat gopoh semulajadi hingga subur hingga jiwa menjadi kosong daripada menghayati akidah, sekadar ada ilmu aqidah. Boleh jadi ilmu aqidah pun tiada, lebih-lebih lagilah teruknya. Ertinya iman sudah tidak ada atau telah lemah. Maka tuhan sudah tiada dalam kamus hidupnya. Tuhan bukan tempat sandaran, tidak lagi menjadi tempat rujuk.

Tidak lagi dijadikan penyelesai segala masaalah maka timbullah jiwa tidak tenang. Apabila tidak tenang, datanglah sifat gopoh. Oleh itu, untuk menghilangkan gopoh kenalah tenangkan jiwa dan hati.

BAGAIMANA MENENANGKAN HATI DAN JIWA

Di dalam ajaran Islam semua masaalah, ada jalan penyelesaiannya atau jalan keluar untuk mengatasi masaalah, faham atau tidak sahaja atau mahu atau tidak kerana Islam itu agama keselamatan dunia akhirat, penyelesai semua masaalah. Al Quran ada menyatakan:

FIRMAN ALLAH:

"Dan kami menurunkan daripada Al Quran itu barang yang iaitu menjadi ubat
dan rahmat kepada orang mukmin dan tidak menambah akan orang yang zalim
itu melainkan orang yang zalim itu melainkan rugi".

Allah SWT mengatakan Al Quran atau Islam itu adalah ubat untuk penyakit lahir dan batin, fizikal dan rohani, dunia dan akhirat dan juga menjadi rahmat kepada seluruh dunia dan akhirat. Juga menjadi rahmat kepada seluruh dunia dan akhirat bagi orang mukmin. Allah SWT menyebut orang mukmin kerana orang mukmin sahaja yang mahu tunduk dan patuh kepada Al Quran atau ajaran Islam. Kalau orang kafir atau orang Islam sahaja, tidak akan mahu menerima atau payah mahu menerimanya. Allah SWT ada menyebut dalam Al Quran bahawa orang mukmin sahaja mudah diingatkan dan mudah menerima ajaran Islam atau ajaran Allah.

FIRMAN ALLAH:

"Tidak ada ucapan orang mukmin itu apabila di ajak kepada Allah dan
Rasulnya agar menghukum dikalangan mereka itu melainkan mereka berkata
-kata kami dengar dan kami patuh."

Ertinya berkira dengan orang mukmin mudah, berkira dengan orang Islam lebih-lebih lagi yang bukan Islam sangat susah. Apatah lagi hendak diajak merujuk kepada Allah SWT dan Rasulnya, lebih liat lagi. Justeru itu bagi orang mukmin untuk menenangkan jiwanya Allah SWT memberitahu di dalam satu ayat berbunyi:

"Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah itu, hati akan menjadi tenang."

Di sini tahulah kita ubat hati tidak tenang ialah banyak mengingati Allah SWT. Apabila banyak meningati Allah SWT, jika tidak tenang atau terasa kosong. Al Quran ada menyebut dalam sepotong ayat berbunyi;

"Barangsiapa yang berpaling daripada mengingati Aku maka sesungguhnya
baginya kehidupan yang sempit."

Maksudnya, orang menolak atau melupai tuhan serta tidak faham apa yang Allah suruh dan larang serta tidak faham apa yang Allah lakukan pada dirinya maka jiwanya sentiasa sempit, tidak tenang, gelisah, resah, susah sekalipun ia kaya, berkuasa, ada nama, ada glamour.

DI SEDIAKAN OLEH USTAZ IBRAHIM BIN ZAKARIA 019-2627636
PENGETUA MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN DAR AL ABRAR