Entri ringkas hari ni cuma hendak menyatakan teknologi ada pelbagai pilihan dan kadangkala kita terpaksa pakai walaupun tak berapa minat, tetapi tak menghalang kita dari terus menggunakannya. Di samping itu minat juga boleh dikongsi bersama keluarga untuk manfaat sekeluarga biarpun kadangkala orang lain merasakan terlalu "techie" tapi pada saya ianya tidak melampau kan?? huhu
Bagi penggunaan di pejabat OS yang dibekalkan adalah Microsoft Windows 7, maka saya menggunakannya kerana tidak mahu menjadi penyebab kepada kesusahan rakan-rakan di pejabat. Kerana saya meminati Linux maka saya paksa semua orang pakai Linux, itu adalah tidak patut. Maka teruskan mengguna MS Windows dan MS Office.
Bagi kegunaan dirumah, secara peribadi saya menggunakan Ubuntu 10.10 manakala isteri saya pula saya bekalkan dua OS dalam Inspiron Mininya, satu Windows XP dan satu lagi Ubuntu 10.04. Windows tidak lebih unruk membantu isteri saya membuat kerja pejabat yang memerlukan menaip dalam tulisan jawi. Tetapi secara tidak langsung isteri saya kelihatan lebih selesa menggunakan Ubuntu 10.04 untuk melayari internet bagi mencari bahan kerana ianya lebih pantas dan tiada gangguan virus.
Alhamdulillah, sekurang-kurangnya saya berjaya mendidik keluarga menggunakan perisian sumber terbuka bagi mengelakkan / mengurangkan syubhah menggunakan perisian tanpa lesen. Anak-anak pula Nurul Iman dan Nurul Hanan sudah biasa bermain menggunakan Ubuntu 10.04, nak shutdown pon dah pandai. Lepas ni Nu'man kena belajar dari kakak2nya.
Mungkin bagi penggemar Linux merasakan sepatutnya Linux fan akan teruskan dengan minatnya di Desktop dan di telefon pintar. Sepatutnya peminat Linux Ubuntu, Redhat dan sebagainya meminati Android untuk dikuasakan kepada telefon bimbit masing-masing, Tetapi dari telefon pintar pertama saya pada 2005 hingga kini saya hanya menggunakan telefon pintar yang dikuasakan dengan OS Symbian. Kenapa ye? pada saya sehingga sekarang OS Symbian masih yang terbaik, kerana tanpa kuasa CPU yang terlalu tinggi dan RAM yang terlalu besar ianya masih mampu menjalankan aplikasi yang jauh lebih hebat dari OS lain.
Seperti Linux Ubuntu, ianya sangat berkuasa walaupun hanya dipasang atas laptop mini. Berbanding Windows 7 atau Windows XP yang dipasang di atas platform perkakasan yang sama prestasi Ubuntu jauh lebih baik, malah dapat menjalankan aplikasi yang lebih banyak serta multi tasking yang sangat berkesan.
Begitu juga Symbian, sebagai contoh Symbian 3 apabila hanya dipasang di atas perkakasan yang mempunyai CPU berkelajuan 600mhz serta 256mb RAM ianya mampu menjalankan fungsi yang jauh lebih banyak berbanding IPhone yang menggunakan IOS, Blackberry, Windows Mobile, malah Android. Bayangkan Symbian sejak tahun 2008 sudah mampu menjadikan telefon pintarnya Wifi bergerak, Android baru minggu lepas ada aplikasi tersebut. Selain dari itu, Mobile OS lain kini berjuang atas platform 1Ghz kelajuan CPU dengan RAM 486mb dan ke atas.
Pada pendapat saya adalah aplikasi yang baik, adalah aplikasi yang mampu di jalankan di atas platform perkakasan yang minimum kerana ianya membantu teknologi itu berkembang tanpa terlalu mengejar kelajuan dan saiz perkakasan sekaligus memberi peluang orang yang tidak mampu merasai teknologi tanpa had. Meningkatnya kelajuan CPU dan saiz RAM yang terlalu cepat, kuasa bateri juga perlu lebih, cas elektrik juga menjadi lebih, kepanasan juga lebih.
p/s: teringat semasa tahun 2000, group projek bersama Muneq dan Yasir, kami menjalankan RedHat diskless client menggunakan konsep thin client-server, dengan membawa simple hardware sebagai server (motherboad, CPU, RAM, harddisk, NIC) dan naked client (motherboard, CPU, RAM, floppy disk, NIC). Mmg basic gila lah, tapi alhamdulillah it's work :) sambil mengucapkan Hello World di Fakulti Sains Komputer UPM. Muneq, idea hang memang briliant bro.
No comments:
Post a Comment