Sunday, December 30, 2007

Alhamdulillah

Syukur Alhamdulillah setelah hampir seminggu tolak-tarik dengan Hartawan Pasifik, akhirnya rumah bagi jenis Aster di Tmn Puteri Height dapat untuk tempahan. Jika tidak kami terpaksa memilih rumah fasa 2 yang bukaannya 18 X 65, cuma bezanya lot tepi. Walaupun lot tepi ada beberapa perkara yang tidak membuatkan aku selesa, yang pertama harga rumah yang menyebabkan semua simpanan kami habis disebabkan sasaran kami hanya membuat loan RM210k sahaja. Yang kedua rumah agak kecil, luas lantai juga kecil, dan terpaksa buat pinjaman lain untuk meluaskan sedikit luas lantai. Memanglah lebih besar dari rumah sewa kami di Sepang ni, tapi kalau boleh kami tak nak pindah dengan kos yang sangat tinggi dan terpaksa menunggu renovation. Seterusnya yang paling tak menarik tangki air yang tinggi berhampiran bukit cukup menakutkan, "kalau" lah ada tanah runtuh kawasan tangki air, rumah kami yang pertama sekali kena.

Oleh yang demikian kami telah buat keputusan, jika memang jenis Aster (Fasa 3) tak ada, maka kami akan membatalkan booking serta merta. Belum sempat nak call, depa dah call mengatakan ada kosong berdekatan dengan show house. Bergegaslah kami sekeluarga pergi hari sabtu untuk tengok lokasi, nasib baik cuti sekolah senang sikitlah nak angkut Ibu Iman dan Iman. Alhamdulillah selesai untuk proses booking, kami sekarang menunggu proses untuk pinjaman perumahan.

Setelah buat "calculation" rasanya lebih untung pakai loan Kerajaan berbanding loan Bank, maka keputusan dari Treasury pula dinantikan. Yang paling best harga rumah tak sampai pon RM200k, insyaAllah dengan wang lebih yang ada akan kami penuhi dengan kelengkapan yang selesa untuk kami seisi keluarga. InsyaAllah doakan kami berjaya.

No comments: